- Back to Home »
- Harga Minyak Dunia Terus Melambung Tinggi US$108.62
Posted by : Unknown
Selasa, 09 April 2013
Pada hari Isnin lepas, Singapura mula tidak senang duduk melihatkan harga minyak dunia
sudah mula melonjak naik ke paras tertinggi sejak 9 bulan lepas. Begitu
juga negara-negara lain yang tiada minyaknya akan “mula kepanasan”.
Pada masa itu, harga minyak dunia yang berjaya dicatatkan adalah sekitar
US$105 setong.
Agak-agak Malaysia akan terjejas atau
tidak? Kalau jawapannya terjejas agak pelik bunyi. Kita ada hasil minyak
sendiri. Minyak yang kita gunakan seharian sekarang ini daripada gred
rendah yang dibeli daripada negara pengeluar minyak yang lain manakala daripada hasil minyak Malaysia sendiri yang dijual di luar merupakan minyak yang berkualiti tinggi (“sweet crude” yang mana kandungan sulfur di dalamnya amatlah rendah).
Jikalau hari ini harga minyak dunia terus naik :
- Pendapatan Malaysia juga akan turut meningkat sekali ganda dengan kualiti minyak yang dimiliki oleh Malaysia + kenaikan harga minyak dunia
Harga Minyak Dunia Naik Sekarang Ini, Apa Sebabnya?
Iran yang merupakan pengeksport minyak kelima terbesar di dunia. Iran
juga menyumbang 18% penghantaran minyak bagi negara-negara di
Eropah. Kementerian Minyak Iran menghentikan penghantaran minyak mentah
kepada syarikat-syarikat Britain dan Perancis yang memberikan kesan
buruk kepada kesatuan Eropah. Tak cukup lagi setakat ini, dikhabarkan
yang Venezuela pun akan hentikan bekalan ke Eropah sebagai tanda
sokongan kepada Iran..
- Spekulasi perang Iran.
- Amerika berang apabila jual beli minyak Iran dengan India tidak lagi menggunakan matawang USD. Serta-merta nilai dollar jatuh dan meningkatkan nilai emas
- Sekarang ini urusniaga India-Iran adalah melalui emas. Amerika mahu duduk diam?
- Amerika semestinya mahu mengukuhkan matawang USD mereka tetapi jika Iran terus berdegil, peranglah jawapannya
Umat Islam Seluruh Dunia Perlu Bersatu – Kelebihan Minyak Untuk Umat Islam
- Sepatutnya seluruh umat Islam mengambil langkah ini, kembali kepada dinar dan dirham sebagai alternatif pertukaran wang dagangan kerana terbukti ia pasti menggugat musuh Islam terbesar kini iaitu Amerika Syarikat
- Kita mesti yakin kepada pertolongan Allah, seperti juga air zamzam yang tidak pernah kering walaupun berjuta-juta umat Islam mengambilnya saban hari saban tahun, begitu juga Allah menganugerahkan minyak kepada seluruh negara Islam hatta Bosnia sebaik saja istihar sebagai negara Islam maka meleleh keluarlah minyak dari buminya!
- Begitu juga emas jika umat Islam yakin dan bertakwa insyaAllah ia akan melimpah ruah menjadi kepunyaan umat Islam
Yang pastinya golongan yang tersenyum
lebar dengan berita kenaikan harga minyak dunia, adalah penyimpan emas.
Harga minyak dunia naik VS harga emas akan turut sama naik.
Jikalau harga minyak dunia
terus meningkat naik melebihi kenaikan dahulu, tidak mustahil harga
minyak RON95 akan juga dinaikkan. Cuma mungkin berita ini tidak akan
didendangkan terlebih dahulu memandangkan Pilihanraya Umum ke 13 akan
diadakan tidak lama sahaja lagi.
P/S : Apa respon melihatkan trend kenaikan harga minyak dunia yang berlaku sekarang ini sehinggakan ada laporan mengatakan boleh naik sehingga ke paras Us$250






